Sabtu, 28 Januari 2012

AmaLaN RinGaN JoDoH

Oleh : Ustazah Siti Nor Bahyah

1. Berdoa setiap kali selepas solat 5 waktu (berdoa agar Allah s.w.t. mudahkan dan ringankan jodoh)

2. Berdoa pada waktu tengah malam (nabi pernah berkata waktu tengah malam adalah waktu mustajab doa)

3. Minta ibu bapa doakan (doa ibu bapa is so powerfull)

4. Puasa hari lahir (hari lahir adalah hari dimana mak kita lahirkan kita. ketika masih suci bersih dr dosa. ini dinamakan puasa hajat)

5. Solat sunat taubat (bersihkan diri dari dosa baru Allah s.w.t. perkenan hajat kita)

6. Pohon restu ibu bapa (kalau kita berkenan kat seseorang, tanya ibu bapa kerana restu ibu bapa amatlah penting)

7. Amalkan Surah Yusuf ayat-4 dan Surah Al-Qassas ayat-24

Terjemahannya : (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya "Wahai ayahku! sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Terjemahannya : Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata : " Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

8. Amalkan solat hajat ( http://kasihsangkekasih.blogspot.com/2012/01/solat-sunat-hajat.html )

9. Amalkan Surah Yunus ayat-81 (sekiranya terkena sihir dilambatkan jodoh)


9 T oleh Ustaz Wan Akasyah

TABAH : jalani kehidupan dgn sabar dan kuat

TENANG : hadapilah masalah dan konflik dengan tenang

TERSUSUN : hadapilah rancang. jalani kehidupan dengan tersusun dan sistematik

TEKUN : jalani kehidupan dengan tekun iaitu sungguh-sungguh

TAWADUK : redha dan pasrah dengan ketentuan Allah s.w.t.

TELUS : jalani kehidupan dengan cara yang telus iaitu mengikut undang-undang dan peraturan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan