Sebagai permulaan, ada cerita mengenai 3 budak hitam. Meraka telah berjalan-jalan dan tersepak satu botol sehingga keluar asap dan jin. Jin itu mengucapkan terima kasih kerana telah melepaskannya dan ingin membalas jasa baik mereka bertiga dengan meminta mereka membuat permintaan untuk ditunaikan.
Budak hitam yang pertama meminta untuk diputihkan kerana dah lama rasa hitam. Apabila nombor 1 dah jadi putih , yang nombor 2 pun meminta untuk menjadi lebih putih (putih melepak) dari yang nombor satu. Setelah yang pertama dan kedua telah menjadi yang putih, yang ketiga telah membuat satu permintaan….
Yang ke-3 meminta menghitamkan yang pertama dan kedua. Akhirnya kesemua menjadi hitam kembali dan tidak mendapat apa-apa faedah.
Punca kawan makan kawan:
1: Wang – apabila seseorang meminta untuk memburukkan kawan kerana kerja
2. Dengki – apabila melihat kawan telah berjaya.
Bagaimana nak tahu orang jenis itu:
Pengalaman sendiri.
Tujuan kawan kita berkawan. Kenalpasti sebab utama jika ada orang yang nak berkawan kita.
Cara atasi:
Jangan berkawan dengan orang yang dengki. Carilah kawan orang yang baik.Kata Saidina Ali 'Carilah sahabat yang alim dan baik…'. Kita yang pilih dan corakkan sahabat kita.
Ikut pesan Agama, pilih kawan yang baik cara fikir, kawan yang sayang dan taat akan agama dan kawan yang ….berani
Pesanan: Allah murka kepada hambanya yang membuka aib seseorang. Jadi jangan sesekali kita membuka aib orang.
Doa yang diberi pada hari ini: Surah Adduhukan ayat 12, surah Al Qamar Ayat 10
p/s: rugi bagi kita jika kita tidak menolong antara satu sama lain.
Anda mungkin juga meminati: